mutakhir

Didakwa bunuh gelandangan

Oleh BERNAMA

SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas, bulan lalu.

Tertuduh Choon Wei How, 42, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Majistret Wong Chai Sia.

Dalam prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Lee Khim Keat, 66, di hadapan sebuah rumah kedai di Jalan Genting Klang, Setapak, jam 11.03 malam, 31 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 12 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pada 1 November lalu, media melaporkan seorang gelandangan mati akibat dipukul oleh seorang lelaki yang disyaki dalam keadaan mabuk di Jalan Genting Klang, Setapak.

Disiarkan pada: November 12, 2018 @ 4:39pm
d