mutakhir

Bayi sakit hati kronik perlu segera dibedah

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Ketika dilahirkan, Siti Hawa Mohamad Faqhrul Azhar, 10 bulan dan kembarnya, Muhammad Adam dilahirkan sihat dan normal seperti bayi lain namun ketika usianya menjangkau sebulan, dia disahkan menghidap Biliary Atresia atau hati kronik.

Lebih membimbangkan, Siti Hawa pernah muntah darah dalam jumlah yang banyak menyebabkan ibunya perlu melakukan pembedahan pemindahan hati dengan segera.

Kini tumbesaran Siti Hawa terbantut apabila berat badannya hanya enam kilogram manakala matanya kekuningan dan perut serta limpa mengeras.

Ibunya, Maziana Abdul Majid, 36, berkata, dia dan suami, Mohamad Faqhrul Azhar Mohamad Zabandi, 33, diberitahu doktor anak perempuannya itu menghidap penyakit Biliary Atresia selepas demam kuningnya mencatatkan bacaan agak membimbangkan.

“Mujurlah abang kembarnya tiada apa-apa masalah, namun pilu juga hati sebaik mendengar anak perlu melakukan pembedahan segera,” katanya yang juga seorang setiausaha di sebuah kedutaan manakala suami bekerja sebagai Pengatur Cara Program.

Orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank milik Maziana, 512679324551.

Disiarkan pada: November 13, 2018 @ 10:47am
d