mutakhir

Semoga Zam kembali sembuh...

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

BEKAS Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya akibat masalah paru-paru berair.

Adiknya Abdul Lazam berkata, Zainuddin hampir pengsan ketika berada di rumahnya di Presint 10, Putrajaya, semalam lalu dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum dimasukkan ke wad biasa.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 9 pagi tadi, beliau dipindahkan ke ICU selepas doktor mengesan beliau menghidap paru-paru berair. Sebelum ini, beliau tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

“Pagi tadi Zainuddin boleh bercakap, namun keadaannya masih tidak stabil. Doktor ada keluarkan air dari dalam badannya

dan sekarang masih di bawah pemantauan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Lazam berkata, doktor tidak menggalakkan abangnya itu banyak bercakap dan ahli keluarga memutuskan untuk tidak menerima kunjungan pelawat sehingga keadaannya stabil.

“Ahli keluarga terdekat ada datang melawat, namun doktor tidak galakkan beliau banyak bercakap. Sekarang kami tidak benarkan beliau berjumpa sesiapa kecuali rakan dan saudara terdekat kerana perlu banyak berehat,” katanya.

Disiarkan pada: November 13, 2018 @ 6:07pm
d