mutakhir

Bot ekspres terbakar [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

ORANG ramai di Terminal Ekspres Sibu digemparkan dengan insiden kebakaran membabitkan dua bot ekspres, hari ini.

Kejadian disedari orang awam 6.35 pagi sebelum menghubungi bomba bagi memadamkan kebakaran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.40 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, sebuah bot musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar pada bahagian enjin.

"Bot yang terbakar ditunda ke tengah sungai bagi mengelak kebakaran merebak ke bot lain yang berada berhampiran jeti berkenaan.

"Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, bomba akan berhubung dengan Lembaga Sungai Sungai Sarawak untuk memanggil pemilik bot bagi tujuan siasatan lanjut.

Disiarkan pada: November 14, 2018 @ 9:16am
d