mutakhir

Ajal dalam kereta

Oleh Ramli Ibrahim

LELAKI ditemui mati di tempat duduk pemandu kereta Proton Wira, di hadapan bengkel membaiki jentera berat di Kampung Tanah Puteh, Gua Musang, semalam.

Zulkifli Isa, 52, dipercayai meninggal dunia ketika berhenti rehat di hadapan bengkel itu akibat sesak nafas pada 11.40 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, lelaki itu bersendirian ketika memandu kereta itu dari rumahnya Kampung Pulau Setelu ke Kampung Tanah Puteh.

Beliau berkata, Zulkifli berhenti di hadapan bengkel itu kerana mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Katanya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat dan doktor mengesah sebab kematian adalah serangan jantung.

“Berikutan itu, kita mengesahkan kes itu diklafikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah diserahkan kepada keluarganya untuk kebumikan,” katanya.

Mohd Taufik berkata, pihaknya juga sudah mengambil rakaman percakapan beberapa saksi kejadian.

Disiarkan pada: November 14, 2018 @ 12:32pm
d