mutakhir

'Datuk bawa jahanam...' [METROTV]

Oleh Nik Sukry Ramli

DATUK mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini atas tuduhan merogol cucunya, Ogos lalu.

Tertuduh, 58, berasal dari Bachok, Kelantan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Lelaki itu didakwa merogol cucunya berusia sembilan tahun di ruang tamu sebuah rumah di Jaya Gading, Kuantan pada Ogos lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat sekurang-kurangnya 10 kali.

Tertuduh ditahan pada 2 November lalu selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada hari sama.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari tidak menawarkan jaminan dan tertuduh juga tidak mengemukakan sebarang rayuan.

Siti Aminah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan kes akan disebut semula pada 19 Disember ini.

Disiarkan pada: November 15, 2018 @ 12:52pm
d