mutakhir

Mak tak ada, anak kau 'sebat'...

Oleh Hamzah Osman

PEMBANTU kedai makan ditahan polis, semalam, kerana mencabul anak tirinya yang berusia tujuh tahun di rumah mereka di Langkawi, Oktober lalu.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat bapa mentuanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, semalam.

Ia selepas perbuatan terkutuk itu diketahui ibu mangsa.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa dan adiknya berusia tiga tahun sedang tidur di ruang tamu, manakala ibunya keluar untuk berjumpa rakan.

“Suspek dilaporkan membuka seluar, meraba dan menyentuh kemaluan serta menindih mangsa.

“Mangsa juga memberitahu melihat kemaluan bapa tirinya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, mangsa turut mengakui kejadian itu kali pertama.

“Siasatan awal mendapati suspek yang turut memiliki kes lampau berkaitan dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama seminggu mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Disiarkan pada: November 15, 2018 @ 6:01pm
d