mutakhir

'Lelong...lelong...' [METROTV]

Oleh Junaidi Ladjana

KERETA mewah Nissan Fairlady dan Volkswagen Beetle serta beberapa kenderaan lain, bot dan enjin antara 93 barangan rampasan polis dilelong kepada orang ramai di Kota Kinabalu, hari ini.

Turut dilelong ialah barang kemas membabitkan cincin, rantai, anting-anting, subang, loket dan gelang serta jam tangan mewah.

Ketua Penyelaras Lelongan Aset Alih, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, Deputi Superintendan Wong Leong Meng, berkata semua barang dianggarkan bernilai RM131,000 dilelong kepada orang ramai mulai 9 pagi.

“Orang ramai mula mengunjungi tapak lelongan seawal 7.30 pagi walaupun lelongan hanya bermula 9 pagi di pekarangan Pejabat Pasukan Polis Marin (PPM), IPK Sabah.

“Barang dilelong itu adalah hasil rampasan membabitkan jenayah narkotik daripada 2009 hingga 2016.

“Ia disita mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988,” katanya.

Disiarkan pada: November 15, 2018 @ 9:24pm
d