mutakhir

Najib ke SPRM

Oleh Zanariah Abd Mutalib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Kenderaan membawa Najib memasuki perkarangan bangunan SPRM, 9.23 pagi tadi.

Najib sudah beberapa kali hadir ke SPRM, dengan kali terakhir adalah pada 8 November lalu.

Pada 20 September lalu, Najib didakwa atas 25 pertuduhan terdiri daripada empat tuduhan salah guna kedudukan membabitkan rasuah dan 21 aktiviti pengubahan wang haram membabitkan nilai kira-kira RM2.3 bilion.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Disiarkan pada: November 19, 2018 @ 10:13am
d