mutakhir

Suami pengasuh Zara disambung reman [METROTV]

Oleh Sarah Zulkifli

REMAN terhadap suami kepada pengasuh bayi yang disyaki mendera bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau Zara, sehingga maut, disambung buat kali ketiga selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes bunuh itu.

Pendaftar Mahkamah Majistret Kajang, Sharifah Fazilah Zulkifli membenarkan tempoh reman itu bermula esok sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia 36 tahun itu.

Siasatan terhadap suspek yang bekerja sebagai tukang gunting itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, perintah reman terhadap isteri suspek berusia 28 tahun yang tamat semalam itu juga disambung reman selama tujuh hari lagi sehingga Ahad ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, Zara meninggal dunia pada 9 November lalu selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor.

Bayi dilahirkan pada 10 Disember 2017 itu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya selepas pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan dan dubur mangsa.

Berita berkaitan:

  • Mengaku mandikan, tukar pakaian Zara
  • 'Saya percaya dia sebab dia nampak baik'
  • 'Kenakan hukuman setimpal' [METROTV]
  • 'Tak sangka anak dijaga suami pengasuh'
  • Suami pengasuh direman 5 hari
  • 'Hukuman berat perlu dikenakan'
  • Pecah tempurung kepala bayi
  • Disiarkan pada: November 19, 2018 @ 11:54am
    d