mutakhir

Banjir di Melaka semakin buruk

Oleh Nur Saliawati Salberi

BANJIR di Melaka bertambah buruk apabila bilangan mangsa meningkat kepada

868 orang, setakat 9 malam ini.

Ia berbanding 108 orang, pada jam 4 petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Tujuh PPS yang dibuka adalah di Alor Gajah iaitu di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jelatang, Balai Raya Kampung Gadek, Sekolah Kebangsaan (SK) Lesung Batu, Balai Raya Kampung Panchor, Balai Raya Seri Jeram, Balai Raya Kampung Beringin dan SK Belimbing Dalam, membabitkan 224 keluarga.

“Satu PPS dibuka di daerah Melaka Tengah iaitu di Balai Raya Kampung Tanah Merah menempatkan 15 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Menteri, Adly Zahari mengumumkan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan pasca banjir kepada mangsa berjumlah antara RM200 hingga RM500.

Disiarkan pada: November 19, 2018 @ 10:04pm
d