mutakhir

Jumlah mangsa banjir berkurangan di Melaka

Oleh Nur Saliawati Salberi

JUMLAH mangsa banjir di negeri ini menurun apabila seramai 212 mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah setakat jam 5.30 petang hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, seramai 775 mangsa masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding 987 mangsa banjir pada jam 1 tengah hari ini.

“PPS Balai Raya Seri Jeram ditutup pada jam 12 tengah hari tadi, manakala PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jelatang pula ditutup jam 4.10 petang.

“Bagaimanapun tujuh PPS masih beroperasi iaitu enam di daerah Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah, masing-masing menempatkan 169 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Effendy berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam merekodkan jumlah mangsa teramai dengan 284 mangsa diikuti SK Lesung Batu (155 orang) dan Balai Raya Kampung Tanah Merah, Krubong (130 orang).

Disiarkan pada: November 20, 2018 @ 9:21pm
d