mutakhir

Biar SPRM siasat - PM

Oleh Azura Abas

TUN Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan sebuah kementerian memberikan kontrak secara terus dengan unsur ‘campur tangan’ anak kepada menteri berkenaan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau menyedari dakwaan berkenaan.

“SPRM akan siasat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR) Siri 5 2018 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Baru-baru ini, sumber berkata, bahawa anak kepada menteri berkenaan dikatakan mengawal aktiviti kementerian, termasuk menentukan proses pemberian tender kepada syarikat yang berkaitan.

Pemeriksaan menunjukkan individu berkenaan tidak disenaraikan dalam direktori Pejabat Menteri.

Kementerian berkenaan ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan lanjut dan memaklumkan supaya biar siasatan dilakukan SPRM.

Disiarkan pada: November 21, 2018 @ 10:07pm
d