mutakhir

Banjir kilat landa Kuching [METROTV]

Oleh Mohd Roji Kawi

BEBERAPA lokasi di pusat bandar Kuching dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat bermula jam 4 petang, hari ini.

Antara kawasan terjejas ialah Padang Merdeka, Jalan Hospital dan Jalan P Ramlee.

Keadaan itu menyebabkan lalu lintas mengalami kesesakan selain beberapa kenderaan mengalami kerosakan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, beberapa pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di Padungan, Sungai Apong dan Batu Kawa.

Beliau berkata, pemantauan turut dijalankan di kawasan pinggir bandar raya yang berisiko antaranya Taman Desa Wira, Semariang, Tabuan Dayak dan Taman Malihah,

Bagaimanapun katanya, sehingga jam 6.30 petang, keadaan air terkawal.

“Banjir kilat yang melanda pusat bandar raya terutamanya di Padang Merdeka dipercayai berlaku akibat saliran tersumbat,” katanya.

Disiarkan pada: November 22, 2018 @ 7:27pm
d