mutakhir

Kelapa lambung jadi tarikan

Oleh Mohamad Hussin

KELAPA lambung antara tarikan utama pengunjung sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang yang membuka tirainya semalam hingga 2 Disember ini.

Keunikan kelapa lambung yang dijual itu turut mempamerkan aksi bersilat sambil melambung isi kelapa.

Pemilik Fatimah Produk Enterprise, Saiful Bahri Saharuddin, 46, berkata, idea untuk menjual kelapa lambung apabila dia menceburi silat gayung di kawasannya sebelum diterjemahkan dalam jualan kelapa ini sempena MAHA 2018.

"Ia juga sebagai daya tarikan kepada pengunjung yang datang ke gerai saya. Saya akan bersilat sambil melambung isi kelapa yang sudah dikupas.

"Sepanjang MAHA 2018 ini berlangsung, saya membawa masuk lebih 20,000 biji kelapa matag, mawar dan pandan dengan harga RM5 bagi satu bekas. "Saya mendapatkan bekalan kelapa ini dari Bagan Datok, Perak dan setakat ini sambutan jualan kelapa lambung sangat menggalakkan," katanya yang ditemui di MAHA 2018, semalam.

Saiful Bahri yang juga usahawan di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pertama kali menyertai MAHA 2018 berasa teruja dan tidak menyangka aksinya bersilat sambil melambung isi kelapa sedikit sebanyak dapat mempromosikan seni silat kepada pelancong asing.

Castle of Fruit menawarkan lebih 100 lot jualan segar, florikultur dan input pertanian. Pada edisi kali ini, kelapa antara salah satu daripada komoditi sumber rezeki baru dijadikan fruits of the event MAHA 2018.

Disiarkan pada: November 23, 2018 @ 6:00pm
d