mutakhir

Lori rempuh konvoi motosikal

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

LELAKI maut, enam lagi individu termasuk tiga wanita parah dalam kemalangan membabitkan konvoi motosikal yang dirempuh sebuah lori di Kilometer 405 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Hulu Selangor, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.33 pagi tadi.

"Seramai 13 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bahru dan BBP Tanjung Malim dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Difahamkan ketika kejadian, beberapa motosikal yang menyertai konvoi berkenaan terjatuh di lorong kecemasan sebelum sebuah Proton Exora berhenti untuk membantu mangsa.

“Bagaimanapun, sebuah lori yang datang dari arah sama merempuh motosikal dan kereta berkenaan mengakibatkan seorang daripada mereka maut, manakala enam lagi parah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mereka yang cedera dibawa ke Hospital Tanjung Malim dan Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: November 25, 2018 @ 12:55pm
d