mutakhir

Kes rempuh konvoi: pemandu lori direman

Oleh Fazrik Kamarudin

PEMANDU lori yang terbabit dalam kemalangan maut di di Kilometer 405.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Hulu Selangor, semalam direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Phai berkata pemandu berusia 30 tahun itu ditahan selama tiga hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kita sudah dapatkan perintah reman untuk pemandu lori berkenaan, dia ditahan sehingga Rabu ini.

“Setakat ini siasatan kita masih berjalan, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, dua maut, manakala lima termasuk tiga wanita parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal itu dipercayai dirempuh sebuah lori ketika mereka berhenti di lorong kecemasan selepas seorang daripada mereka terjatuh.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10 pagi itu, Mohd Faridzuan Shariff, 20, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala Muhamad Nur Shafiq Kamil Mukmin, 18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Berita berkaitan

[UPDATE] Seorang lagi meninggal dunia

Lori rempuh konvoi motosikal

Disiarkan pada: November 26, 2018 @ 1:25pm
d