mutakhir

Kenapa kau bakar rumah kongsi pula? [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin dan Fazrik Kamaruddin

LELAKI warga asing dipercayai buruh binaan dibelasah orang ramai selepas didakwa memulakan kebakaran di sebuah rumah kongsi di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

Pada kejadian 1 tengah hari itu, lelaki berkenaan dilihat keluar dari bahagian belakang rumah kongsi itu dan cuba diselamatkan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, dia dibelasah orang ramai kerana dikatakan memulakan kebakaran rumah kongsi terbabit.

Suasana di sekitar kuil itu yang pada awalnya tenang, bertukar kecoh akibat tindakan berkenaan.

Kenderaan polis turut dihalang orang ramai yang menyerbu serta menghalang lelaki terbabit keluar dari perkarangan kuil berkenaan.

Keadaan kembali terkawal selepas kenderaan polis berjaya membawa lelaki berkenaan keluar dan dilihat sepasukan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di lokasi.

Selepas kejadian itu, pihak bomba dilihat memasuki kawasan kuil bagi memadamkan kebakaran rumah kongsi terbabit.

Terdahulu, rusuhan tercetus di kawasan kuil berkenaan selepas perselisihan faham di antara dua kumpulan kira-kira jam 2 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, 18 kenderaan termasuk dua motosikal di kawasan sekitar kuil berkenaan turut dibakar.

Berita berkaitan

Rusuhan kuil: Waytha Moorthy hubungi TKPN

[UPDATE] Tiada unsur perkauman kata polis

Bergaduh sampai 18 kenderaan terbakar

Disiarkan pada: November 26, 2018 @ 2:34pm
d