mutakhir

Selesai cara baik... - Mat Sabu

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PERTIKAIAN yang berlaku di Kuil Sri Maha Marimman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, semalam, perlu ditangani dengan baik dan mengikut proses undang-undang.

Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berkata, beliau sudah dimaklumkan bahawa insiden itu tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman dan agama.

“Semua pihak perlu bertenang dan bersabar serta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat terhadap apa yang berlaku sehingga boleh mewujudkan keresahan di kalangan masyarakat.

“Dengan kebijaksanaan semua pihak terbabit, saya yakin perkara ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan dengan mengambil langkah terbaik bagi kepentingan semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan yakin pihak keselamatan akan mengambil langkah wajar untuk memastikan keselamatan dan keamanan sentiasa dipelihara.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi semalam, ratusan individu merusuh di kawasan tapak kuil berkenaan sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.

Malah, 18 kenderaan termasuk dua motosikal dibakar di lokasi dalam kejadian itu.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Disiarkan pada: November 27, 2018 @ 12:32pm
d