mutakhir

Sila beredar - Polis [METROTV]

Oleh Hasbi Sidek

POLIS mengarahkan sekumpulan lelaki yang berkumpul di seberang jalan berhadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya beredar dari lokasi, malam, ini.

Terdahulu, kumpulan berkenaan dilihat berlegar-legar di kawasan terbabit kira-kira jam 10.45 malam.

Setakat ini, puluhan anggota polis berkawal di hadapan kuil selain tujuh trak pasukan dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap-siaga di hadapan kuil.

Keadaan semasa terkawal dengan pihak polis masih mengawasi kumpulan berkenaan.

Salah seorang daripada ahli kumpulan berkenaan berkata, tujuan kedatangan mereka bukan untuk membuat provokasi.

Mereka dilihat enggan beredar dari lokasi dengan berkumpul kira-kira 200 meter dari jalan utama di seberang jalan menghadap kuil terbabit.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Disiarkan pada: November 27, 2018 @ 11:50pm
d