mutakhir

Raikan Karnival Krismas bersama Vivo Malaysia

Oleh Vivo Malaysia

Inginkan telefon pintar baru menjelang Krismas ini? Kini anda berpeluang memperoleh telefon pintar yang mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri dengan harga yang cukup menakjubkan melalui Karnival Krismas Vivo yang sedang berlangsung bermula 23 November lalu.

Ini adalah masa yang sesuai untuk memiliki Vivo V11i yang menawarkan harga terhebat serta memiliki sistem dwi kamera 16MP + 5MP yang unggul. Ia dikawal oleh algoritma AI yang hebat dan keupayaan menghasilkan kesan bokeh artistik dengan mudah.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan AI Backlight Mode, AI Low Light Mode, AI Scene Recognition yang mampu mengenal pasti objek yang berlainan di hadapan kamera dan AI Portrait Framing yang memberikan cara paling mudah merakam setiap momen berharga.

Ia juga didatangkan dengan 4GM RAM dan 128GB ROM yang menyediakan storan lebih besar sementara teknologi pengecasan pantas membolehkan bateri dicaj dengan cepat.

Menambahkan kelainan kepada telefon pintar ini, ia didatangkan dengan pilihan warna Starry Night, Nebula dan Fairy Pink yang pasti mengujakan.

Sementara itu, Vivo Y81i pasti tidak mengecewakan apabila menawarkan skrin lebih besar dengan 15.5 peratus lebih banyak ruang tontonan daripada telefon biasa dengan 16:9.

Nisbah skrin Y81i ini juga adalah besar iaitu 87.9 peratus berbanding Paparan FullView model terdahulu, sekali gus membolehkan anda menonton video kegemaran dengan lebih terang dan menyeronokkan.

Peranti ini juga dilengkapi kamera belakang definisi tinggi 13MP yang disertakan fungsi AI Face Beauty yang dapat mengesan jantina, umur, tona warna kulit dan tekstur kulit.

Dengan kamera serta fungsi AI Face Beauty dan pencahayaan di sekeliling, peranti ini dapat membantu menghasilkan gambar unik dan semula jadi.

Y81i ini juga menyediakan teknologi Face Access standard yang membolehkan pengguna membuka kunci telefon dengan mudah.

Telefon pintar dengan kamera AI, Vivo V11i ini dijual pada harga RM1,099. Anda juga boleh memiliki telefon pintar Paparan FullView Y81i ini dengan hanya RM499.

Promosi ini boleh didapati di semua Kedai Konsep Vivo, peniaga sah, rakan kerjasama dan pasaran dalam talian di Lazada, Shopee, 11Street, Lmall dan e-kedai Vivo, (https://www.vivostore.com.my/). Untuk maklumat lanjut, layari Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube. #vivoMalaysia

Disiarkan pada: November 28, 2018 @ 11:53am
d