mutakhir

Mahdzir beri keterangan kepada SPRM

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

BEKAS Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini bagi memberi keterangan berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak.

Sumber berkata, Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden UMNO itu tiba pada 10 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz putih.

“Beliau dipanggil ke SPRM untuk memberi keterangan dan sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan ditahan atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, laporan media yang memetik sumber mendakwa seorang bekas menteri bakal ditahan SPRM, hari ini sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok.

Sumber itu berkata, kedua-dua kesalahan meminta dan menerima suapan itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada 15 November lalu, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, didakwa bersama bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor, dengan menerima rasuah berkaitan dengan projek itu.

Disiarkan pada: November 29, 2018 @ 12:34pm
d