mutakhir

Mahdzir sekali lagi hadir di SPRM

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

BEKAS Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sekali lagi dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini.

Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden UMNO itu tiba ke ibu pejabat SPRM pada jam 9 pagi tadi bagi menyambung keterangannya berhubung siasatan projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak.

Semalam, beliau memberi keterangan lebih lapan jam kepada SPRM bagi membantu siasatan kes sama.

Pada Oktober lalu, Mahdzir kali pertama dipanggil ke SPRM sebelum memberi keterangan selama lima jam berhubung skandal projek solar berkenaan.

Sebelum ini laporan media yang memetik sumber mendakwa seorang bekas menteri akan dituduh di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini berhubung projek berkenaan

Sumber itu berkata, kedua-dua kesalahan meminta dan menerima suapan itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Disiarkan pada: November 30, 2018 @ 10:56am
d