mutakhir

Rusuhan kuil: Enam lagi ditahan

Oleh Safeek Affendy Razali

HARI ke-6 selepas insiden pencerobohan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, di Seafield, Subang Jaya, polis memberkas enam lagi individu yang terbabit dalam kejadian pencerobohan pada awal pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, kesemua tangkapan terbaru itu dibuat di sekitar Lembah Klang, berdasarkan maklumat dan siasatan yang dijalankan.

“Secara keseluruhan sehingga tengah hari tadi semua tangkapan kita adalah seramai 48 orang dan jumlahnya mungkin bertambah.

“Pihak kami juga turut akan menjalankan siasatan ke atas pengendali blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo, yang sebelum ini ditahan di Kuala Lumpur, malam kelmarin, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Semua tangkapan berkenaan adalah bersangkutan dengan insiden pencerobohan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, serta mereka yang cuba menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan.

Mazlan berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai butiran lanjut mengenai siasatan dan tangkapan berkenaan, hari ini.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Disiarkan pada: December 1, 2018 @ 4:16pm
d