mutakhir

Ditikam, dibelasah 7 lelaki [METROTV]

Oleh Abdul Rahemang Taiming

LELAKI parah ditikam dan dibelasah tujuh lelaki lain di Jalan Merdeka 3 dekat Tawau, semalam.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun ditikam di perut kanan selain luka di bahagian perut kiri serta pipi kiri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata mangsa dibelasah tujuh lelaki.

Seorang daripada suspek menggunakan motosikal 125Z biru dengan nombor pendaftaran ST 5262 W atas nama lelaki beralamat di Kampung Sri Titingan E-2/3 Jalan Damai, Tawau.

"Mangsa ditikam oleh seorang daripada suspek di Jalan Merdeka 3 dengan motif kejadian belum diketahui.

"Dia kemudian melarikan diri untuk menerima bantuan, namun dikejar dan dipukul oleh suspek terbabit," katanya menerusi kenyataan di Tawau.

Fadil berkata, orang awam yang melalui kawasan berkenaan kemudian menghantar mangsa ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif kejadian serta mengesan suspek dan saksi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: December 3, 2018 @ 12:16am
d