mutakhir

Mayat tersangkut pada jaring

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

LELAKI ditemui lemas di Sungai Midah berhampiran Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.35 petang.

“Seramai empat anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mayat seorang lelaki dianggarkan berusia 50-an yang tersangkut pada jaring berhampiran tebing sungai terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nordin berkata, pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mayat lelaki terbabit yang berjaya dibawa naik pada 6.02 petang.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Disiarkan pada: December 3, 2018 @ 3:34pm
d