mutakhir

[UPDATE] Tiada unsur khianat - Polis

Oleh Mohd Roji Kawi

TIADA unsur khianat dalam kejadian letupan tong gas di sebuah restoran makanan segera di pusat beli-belah City One Mega Mall di Kuching, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 3.35 petang yang mengorbankan tiga pekerja itu adalah kemalangan.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), letupan tercetus berikutan berlaku kebocoran di saluran gas.

“Pada masa sama, percikan api daripada kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan mencetuskan letupan itu.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kemalangan di tempat kerja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ah Lek berkata, tiga mangsa yang maut di tempat kejadian adalah pekerja yang berusia antara 29 hingga 49 tahun.

Beliau berkata, seramai 26 lagi mengalami kecederaan dengan empat daripadanya parah dan menerima rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak.

Katanya, pemilik restoran berkenaan mengakui kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan kerana premis berkenaan akan dibuka secara rasmi, esok.

Berita berkaitan

[UPDATE] Macam 'zon perang'...

Tak sangka adik jadi mangsa

[UPDATE] 3 maut letupan di CityOne MegaMall

[UPDATE] 2 pekerja restoran turut maut

Disiarkan pada: December 4, 2018 @ 7:43pm
d