mutakhir

Teknologi AI dalam telefon pintar Vivo V11

Oleh Vivo

KEINDAHAN seni fotografi hari ini berdepan transformasi dengan pembaharuan dalam penciptaan kamera telefon pintar. Malah transformasi dalam dunia digital juga memberi fokus kepada sains fotografi seperti yang terdapat dalam telefon pintar Vivo V11.

Kecanggihan teknologi AI dalam telefon pintar dapat dilihat daripada cara anda ‘membaca’ seni fotografi itu dan dapat mengenal pasti tetapan mana yang diperlukan dalam setiap ‘scene’ gambar yang diambil.

Teknologi AI juga memudahkan jurugambar amatur untuk menangkap senario menarik pada masa yang tepat.

Peralihan Quantum dalam teknologi kamera bermaksud pengguna tidak perlu lagi menggunakan kamera profesional yang canggih tetapi cukup dengan telefon pintar, setiap sentuhan tangkapan pasti menjadi memori paling indah.

Bukan itu sahaja, penciptaan V11 membuatkan penangkapan gambar lebih cepat dan menepati cita rasa dengan pilihan yang ada dalam teknologi terkini.

Seiring dengan keperluan pengguna yang semakin meningkat, Vivo terus bergerak pantas membangunkan V11, telefon pintar yang menggabungkan teknologi AI sekali gus dapat menyelesaikan cabaran yang sangat spesifik terutamanya pencahayaan.

Namun dengan V11, keadaan pencahayaan kurang baik itu dapat diatasi dengan menyelaraskan pencahayaan menerusi skrin dengan mudah mengikut keinginan pengguna.

Telefon pintar V11 berpotensi untuk mengawal pencahayaan dalam gambar dengan lebih baik walaupun pengguna hanya jurugambar amatur.

Seringkali berlaku gambar yang ditangkap menjadi gelap terutama ketika cuaca panas terik atau cahaya melampau atau pun berlatar belakang matahari terbenam.

Selalunya yang berlaku gambar subjek yang diambil tidak jelas atau gelap kerana pencahayaan yang kurang baik dan keadaan ini sangat mencabar kepada jurugambar untuk memilih posisi walaupun seorang profesional.

Bagaimanapun, dengan Vivo V11, masalah itu dapat diatasi kerana teknologi AI yang dicipta dalam komponen telefon pintar itu membantu jurugambar untuk menghasilkan fotografi yang cantik.

Ciri-ciri dalam V11 seperti AI Backlight HDR dan AI Low Light Mode membolehkan telefon pintar itu menyelaraskan pencahayaan secara automatik mengikut tetapan dan subjek.

AI Algorithm adalah pemangkin kepada teknologi AI di mana AI Backlight Mode membolehkan hasil tangkapan gambar lebih menyeluruh dan menarik manakala AI Low Light Mode dapat mengawal cahaya dan menjadikan gambar lebih jelas.

Menariknya untuk jurugambar amatur yang baru mempelajari seni fotografi, proses pembelajaran tidak lagi sukar kerana dengan kamera AI, ciri revolusi V11 menjadi lebih mudah maka pengguna boleh mengambil gambar yang sempurna secara automatik di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Perkara asas yang perlu diketahui adalah bagaimana menentukan posisi untuk menangkap adegan menggunakan mode seperti ‘malam’, ‘potret’, ‘makanan’ dan sebagainya.

Disiarkan pada: December 4, 2018 @ 8:38pm
d