mutakhir

'Tunggu Adib sembuh...'

Oleh Siraj Mohd Zaini

POLIS akan mengambil keterangan anggota bomba yang parah akibat rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, sebaik dia sembuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, ketika ini, pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut mengenai keadaan mangsa.

“Kita melihat kepada keutamaan kepada sudut kesihatan dia (Muhammad Adib Mohd ), kita belum dapat kebenaran pihak hospital.

“Biarlah dia selesai dari aspek kesihatan dulu, sebelum sebarang percakapan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Maulidur Rasul peringkat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam, hari ini.

Pada Selasa lalu, NSTP melaporkan Muhammad Adib, 24, parah dipercayai dipukul perusuh di hadapan kuil berkenaan.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu.

Katanya, polis juga tidak menerima sebarang laporan polis yang mendakwa Muhammad Adib dilanggar jentera bomba.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Disiarkan pada: December 6, 2018 @ 4:48pm
d