mutakhir

Bantu kesan waris

Oleh Mohamed Farid Noh

Batu Pahat:Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Daerah Batu Pahat sedang mengesan waris Allahyarham Muhammad Ali Yap Abdullah, yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismal (HSNI), dekat sini, minggu lalu.

Muhammad Ali yang berusia 54 tahun meninggal dunia pada 30 November lalu dengan alamat terakhirnya Taman Bukit Indah, Nusajaya, Johor Bahru.

Jurucakap JAINJ Daerah Batu Pahat berkata, waris diminta segera tampil ke Unit Forensik HSNI bagi tujuan pengurusan jenazah.

“Bagaimanapun, jika tiada waris tampil, JAINJ Daerah Batu Pahat akan memohon perintah Mahkamah Tinggi Syariah untuk menguruskan jenazah dan urusan pengebumian Allahyarham,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Disiarkan pada: December 7, 2018 @ 10:27am
d