mutakhir

Ini bukan himpunan bersifat perkauman - Najib

Oleh Wartawan NSTP

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan himpunan meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bukan bersifat perkauman.

Najib berkata, himpunan ICERD bukan menentang perpaduan dan juga kaum lain di negara ini.

“Ini menunjukkan sebahagian besar (hadir) menentang (ICERD),” katanya.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut serta dalam himpunan berkenaan yang dihadiri pemimpin UMNO dan Pas serta pertubuhan bukan kerajaan.
Bagaimanapun, beliau tidak berada di pentas utama sebaliknya di bawah bersama peserta himpunan yang lain.

Terdahulu Najib berarak dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka dengan diiringi penyokongnya.

  • Lagi berita berkaitan Perhimpunan ICERD
  • Disiarkan pada: December 8, 2018 @ 6:12pm
    d