mutakhir

'Alhamdulillah, bayi selamat..'

Oleh Ramli Ibrahim

BAYI lelaki yang dijumpai seorang jemaah masjid di tempat wuduk Masjid Felda Chiku 1, Gua Musang, semalam dilaporkan stabil.

Ia selepas bayi itu menerima rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK).

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang, Hizani Ibrahim berkata, bayi itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Bayi itu sihat dan selamat. Kita akan mengambil alih penjagaan bayi itu selepas ini,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Sementara itu, beliau berkata, polis masih mengesan individu yang meninggalkan bayi berkenaan.

Semalam, NSTP melaporkan seorang lelaki yang mengambil wuduk untuk solat Maghrib di Masjid Felda Chiku 1, menemui bayi berkenaan.

Bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui di dalam beg plastik

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung penemuan bayi itu termasuk merujuk klinik kesihatan berhampiran.

“Setakat ini, kita belum membuat sebarang tangkapan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Berita berkaitan

Ambil wuduk, jumpa bayi'

Disiarkan pada: December 9, 2018 @ 12:42pm
d