mutakhir

CityOne dibuka secara berperingkat

Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

CITYONE Megamall, di Kuching, beroperasi semula secara berperingkat bermula hari ini, selepas ditutup selama empat hari berikutan insiden letupan, minggu lalu.

Pemilik pusat beli-belah berkenaan, Stephen Long Tine Chung berkata, ia selepas pihaknya menerima pengesahan bahawa kejadian terbabit tidak menjejaskan struktur integriti bangunan.

“Justeru, pihak kami diberikan kelulusan untuk membuka semula CityOne daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bahagian yang dibuka bermula hari ini hanya membabitkan Blok C dan Blok D, di Mall 1, manakala Mall 2 dibuka sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pengunjung juga diberikan kadar percuma untuk parkir bermula hari ini sehingga satu tarikh ditetapkan kemudian.

Dalam kejadian pada jam 3.30 petang, Selasa lalu, letupan di sebuah premis restoran di dalam pusat beli-belah berkenaan menyebabkan tiga maut dan 41 individu lain, cedera.

Mangsa maut, Tchee Kiom Joong, 24; Chin Hsien Loong, 29, dan O Kui Lim, 49.

Berita berkaitan

">Mangsa letupan di CityOne, stabil

">[UPDATE] Identiti mangsa dikenal pasti

[UPDATE] Tiada unsur khianat - Polis

[UPDATE] Tiada unsur khianat - Polis

[UPDATE] Macam 'zon perang'...

Tak sangka adik jadi mangsa

[UPDATE] 3 maut letupan di CityOne MegaMall

[UPDATE] 2 pekerja restoran turut maut

Disiarkan pada: December 9, 2018 @ 2:23pm
d