mutakhir

Treler rempuh 10 kereta [METROTV]

Oleh Mary Victoria Dass

TRELER merempuh 10 kereta di Kilometer 23.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Kulai, hari ini.

Bagaimanapun, pada kejadian 7.30 pagi itu, tiada mangsa cedera atau maut.

Susulan kejadian, treler terbabit melintang di tengah jalan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.55 pagi.

Beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba Kulai dan Bandar Baru Kulai dengan kekuatan 11 anggota bomba ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi tamat pada jam 8.51 pagi.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler dan 10 kereta.

“Ketika pasukan bomba tiba, lima kenderaan didapati sudah ditunda dari lokasi kejadian,” katanya.

Disiarkan pada: December 10, 2018 @ 12:50pm
d