mutakhir

[UPDATE] Najib bebas dengan jaminan SPRM

Oleh Faris Fuad

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selesai memberi keterangan dan disoal siasat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya, hari ini.

Najib dipercayai meninggalkan Ibu Pejabat SPRM, am 1.40 tengah hari tadi.

Difahamkan, Najib ditahan dan dibebaskan dengan jaminan SPRM masing-masing pada jam 10.51 pagi dan 1.21 tengah hari tadi.

Bekas Perdana Menteri itu akan disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, beliau tiba di bangunan SPRM pada jam 10.42 pagi bagi memberi keterangan kali kedua berhubung isu pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 6 Disember lalu, Najib hadir kali pertama ke sini dan meluangkan masa kira-kira empat jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan pindaan laporan berkenaan.

Berita berkaitan

Najib mungkin ditahan

Disiarkan pada: December 10, 2018 @ 2:20pm
d