mutakhir

Mujur cedera ringan...

Oleh Faris Fuad

PEMANDU dan penumpang kereta Honda Accord cedera ringan selepas kenderaan dinaiki terjatuh dari tingkat satu lalu menghempap Proton Gen2 yang diletakkan berdekatan Kompleks Sun, Kuala Lumpur, jam 6.48 pagi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata anggota polis tiba di lokasi pada 6.50 pagi dan mendapati kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian cermin belakang.

“Kita juga sahkan kereta Honda Accord itu dinaiki seorang lelaki dan seorang perempuan.

“Pada masa sama, polis dapati sebuah kenderaan yang diparkir berhampiran iaitu Proton Gen2 mengalami kerosakan di bahagian cermin tingkap,” katanya.

Disiarkan pada: December 10, 2018 @ 4:37pm
d