mutakhir

Nasib baik ada abang bomba...

Oleh Mohd Helmi Irwadi Moohd Nor

AKIBAT berselisih faham dengan anak, wanita cuba membunuh diri dengan cuba terjun dari tingkat tiga sebuah pangsapuri di Mantin, dekat Nilai, semalam.

Pada kejadian 5.25 petang itu, wanita terbabit bernasib baik apabila diselamatkan oleh anggota bomba.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, sebelum kejadian, wanita berusia 38 tahun itu itu bertengkar dengan anak perempuannya yang berusia 19 tahun.

“Ia menyebabkan dia bertindak untuk mahu terjun dari tingkat tiga pangsapuri berkenaan.

"Bagaimanapun, kejadian disedari penduduk yang kemudian menghubungi polis dan bomba.

“Anggota bomba kemudian memujuk wanita itu sebelum dia diselamatkan tidak lama kemudian,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan dilakukan pegawai perubatan mengesahkan wanita itu berdepan tekanan perasaan.

“Selain itu, dia pernah mendapatkan rawatan pesakit mental pada 6 Jun lalu,” katanya.

Disiarkan pada: December 11, 2018 @ 11:42am
d