mutakhir

4 lelaki Nigeria ditahan menipu

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

EMPAT lelaki warga Nigeria ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan ‘Parcel and Love Scam’, semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, semua suspek berusia antara 21 hingga 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan berkata, semua suspek yang ditahan itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Keempat-empat suspek ini dilihat bersembunyi di balkoni rumah terbabit dalam keadaaan mencurigakan.

“Polis kemudian membuat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati suspek menjalankan kegiatan ‘Parcel and Love Scam’.

“Kita turut merampas empat komputer riba dan lapan telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tiada dokumen perjalanan sah.

Disiarkan pada: December 11, 2018 @ 7:21pm
d