mutakhir

Tak mengaku sebabkan kematian [METROTV]

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

PEMILIK kebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, awal bulan ini.

Tertuduh, Ismail Mohd Don, 38, dari Bukit Payong, Marang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Salahuddin Ismail, 46, di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, antara jam 3.15 hingga 3.45 petang pada 3 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Januari depan.

Disiarkan pada: December 12, 2018 @ 11:27am
d