mutakhir

[UPDATE] Mahu tempoh bertenang...

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah dan Olivia Miwil

PERGERAKAN Wanita dan Puteri UMNO Sabah mengambil pendirian untuk menangguhkan tindakan keluar parti yang diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hajiji Noor, hari ini.

Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengambil ketetapan untuk mengambil tempoh bertenang sebelum membuat keputusan.

“Wanita UMNO negeri belum mengambil keputusan kerana Ketua-Ketua Wanita Bahagian di Sabah perlu memberi penerangan kepada ahli jawatankuasa di bahagian masing-masing dan seterusnya kepada ahli akar umbi.

“Wanita UMNO Bahagian akan membuat keputusan selepas selesai mengadakan perbincangan bersama ahli-ahli dan mendapat maklum balas daripada mereka.

“Kita akan beramai-ramai meletak jawatan jika perlu serta menghantar borang kepada pihak yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO negeri, Fadilah Sarbi, dalam kenyataannya turut mengambil pendirian yang sama meminta tempoh bertenang sebelum membuat keputusan rasmi.

“Dalam perkara ini, terpulang kepada Ketua-Ketua Puteri UNNO Sabah bertindak untuk menentukan hala tuju dan pendirian masing-masing.

“Pergerakan Puteri UMNO Bahagian akan membuat keputusan selepas selesai mengadakan perbincangan bersama Bahagian dan juga ahli Puteri UMNO serta mendapat maklum balas daripada mereka.

“Namun, apa juga pendirian Ketua Puteri Bahagian, Jawatankuasa Puteri Bahagian dan ahli, saya hormati dan diucapkan selamat maju jaya,” katanya.

Berita berkaitan

'Ini bukan keputusan peribadi...' - Azizah

UMNO Sabah 'berkubur'...? [METROTV]

Disiarkan pada: December 12, 2018 @ 5:06pm
d