mutakhir

Lelaki Syria maut kemalangan [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

LELAKI warga Syria maut, manakala rakan senegaranya cedera ringan dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Muhamad Hafidz Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.22 tengah malam.

“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dikerahkan ke lokasi kejadian selain bantuan beberapa jentera dan anggota dari BBP Jalan Hang Tuah.

“Sebaik tiba, kami mendapati sebuah kereta terbabas dan terbalik di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhamad Hafidz berkata, seorang daripada mangsa tersepit di bawah kereta akibat kemalangan itu.

“Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang berada di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Rakan mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Operasi itu tamat pada jam 2.34 pagi tadi,” katanya.

Disiarkan pada: December 13, 2018 @ 10:57am
d