mutakhir

Isa Samad pula didakwa esok [METROTV]

Oleh BERNAMA

BEKAS Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok, berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Mohd Isa akan didakwa berkaitan kes pembelian hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak.

Mohd Isa hari ini berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Menurut peguamnya Datuk K Kumaraendran, kehadirannya adalah bagi menandatangani surat akujanji bahawa beliau akan hadir di mahkamah esok.

Mohd Isa tiba di ibu pejabat SPRM jam 10.45 pagi dengan ditemani isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, sebelum meninggalkan bangunan SPRM itu kira-kira 20 minit kemudian.

Pada 30 Ogos lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan sebagai berkata pihak pendakwa raya dalam pertimbangan untuk membuat pertuduhan terhadap Mohd Isa membabitkan kes pembelian hotel oleh FIC.

Disiarkan pada: December 13, 2018 @ 3:51pm
d