mutakhir

Isa dijangka berdepan 10 tuduhan

Oleh Wartawan NSTP

BEKAS Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, berhubung kes pembelian hotel oleh FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), pagi ini.

Pertuduhan dijangka akan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi dan terdapat 10 pertuduhan dikenakan terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 .

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar, manakala Isa diwakili peguam Datuk K Kumaraendran dan Ridha Abdah Subri

Media sebelum ini melaporkan Mohd Isa, 69, disiasat SPRM susulan pembelian sebuah hotel di Sarawak, pada 2014.

Hotel bertaraf lima bintang yang memiliki 213 bilik itu dibeli oleh FIC dengan harga RM160 juta. meskipun nilai sepatutnya yang direkodkan adalah RM110 juta.

Disiarkan pada: December 14, 2018 @ 9:11am
d