mutakhir

MP nafi mahu keluar UMNO

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

DUA ahli parlimen dari Negeri Sembilan menafikan khabar angin akan meninggalkan UMNO seperti yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias ketika dihubungi memaklumkan khabar angin berkenaan tidak betul.

“Tidak betul. Itu saja yang dapat saya maklumkan,” katanya.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif turut menafikannya sambil memberitahu ketika ini terlalu banyak khabar angin tidak betul berkaitan UMNO.

Ketika ini tular khabar angin mengaitkan enam ahli parlimen UMNO dari Semenanjung mengumumkan akan keluar parti dan Barisan Nasional (BN).

Selain Jalaluddin dan Mohd Salim, empat nama lain adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz dan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Rabu lalu, UMNO Sabah terima tamparan hebat apabila Pengerusinya, Datuk Hajiji Mohd Noor bersama 13 wakil rakyat dan 21 ketua Bahagian meninggalkan parti itu dan mengisytiharkan menjadi ahli politik bebas.

Ends....

Disiarkan pada: December 14, 2018 @ 3:18pm
d