mutakhir

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Siti A'isyah Sukaimi

BEKAS Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor, 6.20 petang, hari ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh adiknya, Abdul Lazam ketika dihubungi NSTP, hari ini.

"Jenazah abang saya akan dibawa ke rumahnya di Presint 10, namun tidak tahu lagi (bila akan dibawa). Saya pun belum berada di hospital dan mahu ke sana," katanya.

Allahyarham yang berusia 79 tahun sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, 13 November lalu akibat masalah paru-paru berair.

Disiarkan pada: December 14, 2018 @ 7:23pm
d