mutakhir

Jenazah Zainuddin dibawa ke Kuala Lumpur [METROTV]

Oleh Zanariah Abd Mutalib

JENAZAH bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin dibawa dari rumahnya di Presint 10 di Putrajaya, pada jam 8 pagi untuk disembahyangkan di Surau At-Tarbiah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Keluarga Allahyarham memaklumkan, jenazah akan disembahyangkan pada jam 9 pagi, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati.

Van yang membawa jenazah diiringi kenderaan polis dan ahli keluarga.

Antara yang hadir melawat jenazah Allahyarham di rumahnya pagi ini termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan bekas Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Ahmad A Talib dan

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Serdang, jam 6.40 petang semalam akibat serangan jantung.

Allahyarham yang berusia 79 tahun sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, pada 13 November lalu akibat masalah paru-paru berair.

Beliau meninggalkan empat anak iaitu dua perempuan dan dua lelaki hasil perkongsian hidup dengan Datin Zaiton Zainol Abidin.

Disiarkan pada: December 15, 2018 @ 9:01am
d