mutakhir

Banjir di Pahang pulih sepenuhnya

Oleh Sharinnahar Latib

BANJIR di Pahang pulih sepenuhnya apabila semua 319 mangsa banjir ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuantan, dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, PPS pertama ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang, dekat Kuantan, 12 tengah malam tadi.

Katanya, ia diikuti SK Cherating, SK Sungai Ular, Dewan Orang Ramai Balok, SK Sungai Isap Murni dan SK Beserah.

“PPS terakhir ditutup adalah di SK Kempadang pada 3 petang tadi yang menempatkan 77 mangsa daripada 19 keluarga.

“Kita akan memantau keadaan semasa dan meminta orang ramai mengikuti nasihat diberikan pihak berkuasa,” katanya di Kuantan, hari ini.

Beberapa kawasan di daerah Kuantan mula dinaiki air pada awal pagi Khamis berikutan hujan berterusan sejak malam Rabu, iaitu Cherating, Sungai Ular, Kempadang, Beserah dan Balok.

Disiarkan pada: December 15, 2018 @ 5:23pm
d