mutakhir

Isteri PM ziarah Adib

Oleh Faris Fuad

ISTERI Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa selama 45 minit melawat anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Siti Hasmah tiba di IJN kira-kira 3 petang.

Sumber IJN mengesahkan isteri Perdana Menteri itu meninjau Muhammad Adib dari luar pintu kaca bilik rawatan anggota bomba itu.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat serentak di 19 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Kedah bagi mendoakan kesejahteraan Muhammad Adib yang kini kritikal.

Pemangku Pengarah JBPM Kedah, Mohd Zahar Abdullah berkata, pihaknya mengharapkan kesembuhan buat anggota kelahiran negeri ini yang sedang dirawat di IJN.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan keadaan Muhammad Adib kini kritikal dan berharap berkat solat hajat, tahlil dan bacaan Yasin yang dilakukan akan memberi kesembuhan kepadanya.

Disiarkan pada: December 17, 2018 @ 6:39pm
d