mutakhir

Jenazah Adib diterbangkan ke Kuala Kedah [METROTV]

Oleh Safeek Affendy Razali

JENAZAH Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, selamat diterbangkan menaiki helikopter MI17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Kedah, hari ini.

Penerbangan dilakukan jam 8.50 pagi, dan dijangka tiba di Alor Setar sekitar jam 10.30 pagi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara JBPM di Subang, jam 7.55 pagi selepas solat jenazah di Institut Jantung Negara (IJN).

Jenazah yang diiringi ahli keluarga dan pegawai bomba diterbangkan pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah untuk proses pengebumian.

Helikopter dijadualkan mendarat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat hero negara itu.

Berita lanjut menyusul

Berita lanjut menyusul

Lagi berita berkaitan Allahyarham Muhammad Adib

Disiarkan pada: December 18, 2018 @ 9:23am
d