mutakhir

Kejutan Karnival Krismas 2018 bersama Vivo

Oleh Vivo

Masih tercari-cari telefon pintar sesuai dijadikan hadiah untuk insan tersayang sempena Krismas ini?

Jangan risau lagi kerana menerusi siri ketiga Karnival Krismas 2018 bermula 13 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019, Vivo turut akan memberikan hadiah percuma berupa fon kepala edisi terhad apabila membeli siri V11 dan pembesar suara Vivo secara percuma dengan pembelian Y91i.

Promosi ini boleh didapati di semua Kedai Konsep Vivo, peniaga sah dan rakan kerjasama serta stor dalam talian di Lazada, Shopee, 11 street, Lmall and e-stor rasmi Vivo (http://www.vivostore.com.my).

Menerusi paparan lebih jelas Halo FullView, dua model itu didatangkan dengan pilihan warna Starry Night dan Nebula serta Edisi Fairy Pink khas untuk V11i.

Keduanya juga menawarkan kualiti kamera AI luar biasa dan teknologi pengimbas cap jari bagi memudahkan pengguna membuka kunci telefon melalui sentuhan di skrin.

Lebih menarik, kamera V11 dikuasakan dengan Pengesan Dual Piksel, 24 juta unit fotosensitif bagi cahaya sensitif serta teknologi auto fokus dengan standard kamera DSLR.

Bagi mereka yang gemar berswafoto, V11 juga mempunyai teknologi Bentuk Muka AI yang menambahbaik ciri muka serta memberikan hasil terbaik lagi sempurna.

Kedua-dua model itu juga mempunyai storan dalaman sehingga 128GB dan pemprosesan Qualcomm bagi V11 serta MediaTek (V11i).

Sementara itu, telefon pintar Y91i secara rasminya boleh didapati mulai 16 Disember lalu.

Y91i didatangkan dengan paparan Halo FullView 6.22 inci, yang juga skrin terbesar dalam kumpulan harga berkenaan.

Malah, ia akan memberikan pengalaman paparan lebih baik dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 88.6 peratus.

Ia juga dilengkapi pengesan cap jari yang membolehkan pengguna membuka peranti berkenaan lebih pantas selain ciri pengecaman wajah Face Access yang turut menjadikan telefon pintar ini lebih istimewa.

Ia menampilkan kamera belakang 13 megapiksel (MP) dan kamera kedua 2MP yang membolehkan kamera mengesan algoritma foto untuk menghasilkan bokeh.

Y91i ini turut dilengkapi Face Access memudahkan pengguna membuka kunci telefon selain bateri 4,030mAh untuk memastikan penggunaan lebih lama tanpa bimbang kehabisan kuasa bateri.

Untuk maklumat lanjut, layari Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Disiarkan pada: December 18, 2018 @ 10:54am
d